Wednesday, October 15, 2008

RENJIS 2 MULAI 22 OKTOBER 2008

Drama bersiri Renjis telah bersiaran di Astro Ria (104) mulai 21 Mei hingga 13 Ogos yang lalu. Sambutan penonton membawa siri ini ke musim kedua mulai 22 Oktober (Rabu depan) jam 9.05 malam. Siaran ulangan pada Khamis berikutnya jam 5.00 petang.

Renjis 2 menyambung semula kisah percintaan Kirana yang 'terbengkalai' dalam musim lalu. Bagaimanapun, kerjaya Kirana sebagai perancang perkahwinan tetap berjalan seperti biasa. Begitu juga dengan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam sebuah keluarga kecil yang 'kehilangan' ketua keluarga bergelar 'lelaki' sejak 10 tahun lalu. Dia turut berdepan dengan masalah sewa kedai melambung tinggi akibat projek mega oleh A&A Corporation Berhad yang digelarnya sebagai "perampas perniagaan kecil-kecilan".

Musim kedua mengekalkan lima pelakon asal iaitu Elyana sebagai Kirana, Liza Abdullah (Seri), Asraf Muslim (Kelana), Sherry Ibrahim (Karmila) dan Syed Ali (Rafiq). Muka baru untuk musim ini ialah Ahmad Kamal Ahmad Adli sebagai Budi dan Steve Yap sebagai Ari. Asraf Sinclair yang membawakan watak utama iaitu Dean atau nama sebenarnya Ungku Alauddin Ungku Alwi dalam musim lepas, kini akan muncul sebagai watak undangan.

Jangan lupa temu janji anda di Astro Ria setiap Rabu malam, ulangannya Khamis petang.

3 comments:

Amirah Hulwani binti Ahmad Adli said...

:: saya memang suka tengok renjis ni...
:: dari siri pertama lagi saya ikut...
:: dah siri kedua ni...episod pertama dah tengok...
:: hari tu episod kedua tak sempat pulak...aduhhhh....
:: tapi nanti mesti ada ulangan...

http://miramaniksakti.blogspot.com

Maizura Mohd Ederis said...

Tjs mira adli. Boleh tengok dalam Video Sharimie

http://sharimietv.blogspot.com

ben said...

haii mana nak tgk ni?? rinduu laa drama ni